Friday, 18 November 2011

hukum lelaki bertindik

Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua blogger n silent reader.


Kebelakangan nie banyak pekara "salah" yang sering kita lihat tapi kita jarang menegur kesalahan itu..Aku terpanggil utk buat entry nie selepas melihat kesungguhan seorang kawan merupakan pegawai imigresen yang berkhidmat di airport KLIA..Dimana beliau menyampaikan dakwah walaupun dalam waktu bekerja..


Suatu hari seorang "foreigner" lelaki  warganegara Indonesia datang ke kaunter Imigresen utk dicop passportnya.Dengan bertindik telinga sebesar butang baju,bergaya ala2 retis.Menghulurkan passportnya kepada kawanku itu..Lantas kawanku buka profile di passportnya dan berkata:


Pegawai: Assalamualaikum..kamu islam?


Foreigner: waalaikumussalam ya Tuan..saya beragama islam


Pegawai: Kamu lelaki?


Foreigner: ya lelaki.Tuan boleh tgk jantina yang ditulis di dalam passport saya


Pegawai: Sudah tu knp kamu bertindik?seolah2 menampakkan kamu seorang perempuan?tahukah kamu bila kamu menindik,kamu tidak layak menjadi imam,kamu tidak layak menjadi wali kenapa anak2 kamu,dan kamu tidak layak mengazankan bayi yang isteri kamu lahirkan.Apa akan terjadi sekiranya kapal terbang yang bakal kamu naiki sebentar lagi terhempas dan kamu tidak sempat bertaubat?kamu tak takut pada dosa?


Foreigner:Saya hanya bergaya mengikut peredaran zaman Tuan..


Pegawai: Dosa tidak mengikut zaman.Mati kita semua akan ditanam..bukan dipamerkan dan digayakan mengikut trend yang kamu mahu!


setelah beberapa minit kawanku berkhutbah akhirnya foreigner tu menanggalkan tindiknya dan memohon maaf..Tapi siapalah kawanku itu utk memaafkannya..Allah lebih layak utk dia memohon ampun dan maaf.



**(Hukum seorang lelaki bertindik dan menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki". Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketentuannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah kerana satu daripada syarat mejadi wali itu ialah adil. Bagaimanapun jika orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menjadi wali. Segala amalan baik yang dilakukan didunia akan mendapat balasan di akhirat kelak. InsyaAllah).** 


                            
                             hanya gambar hiasan :)

3 comments:

  1. hmmm ok nk tya apa lak hukum wanita bertindik berpewatakan @ menyamar jadi laki2...sama2 kita renungkan..peace yoww

    ReplyDelete
  2. wanita bertindik itu adalah kerana menghiasi diri mereka.lelaki nak berhias mcm wanita ke?berpewatakkan @ menyamar sebagai lelaki tu 2 pekara yg berbeza.yg mana 1 ang nak aku xplain?kalau berpewatakkan tu sah2 berdosa.tang nyamar tu ang pk2 la sendiri.cheq2 depuk dada tanya salah sape.hahahahahaha peace yow.

    ReplyDelete
  3. berbeza?..makna kata sma la kan?..hukum tak mengenal laki @ ppuan

    ReplyDelete

terima kasih kerana tinggalkan komen.Insyaallah saya akan terjah ke belog kamu juga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...