Saya cuma berkongsi serpihan dari kisah sebenar yang dilalui dan ditulis oleh Mazidul. Bacalah di blognya sendiri, disana lebih terang dan jelas segala kisah dan rentetan peristiwa.
kpd sahabat, tolong share info penting ini, kepada ibu ayah, pantau anak2 gadis kita dari terpukau dan terpesona dgn sendiket warga Nigeria, kpd anak2 gadis/bujang..tolonglah fikir 1000x .jgn mudah terpedaya.
*******************
"Saya bersama (mengadakan hubung seks) dengan Iko, purata 4 kali sebulan, selama lebih 7 bulan. Pada hujung minggu saya pergi ke rumah dia, lepak dan kemudian check in di hotel bajet di Putra Perdana," jelas Shana lagi.
Wajahnya kelihatan selamba berkongsi kisah kehidupan.
"Teman lelaki awak sebelum dia, Melayu?," soal saya.
"Lima semua, Melayu dan mereka suami orang tetapi lelaki meragut dara saya berusia 40 an, berasal dari Teluk Intan, Perak. Ketika itu saya berusia 20 tahun. Empat lagi teman lelaki lain, berasal dari Selangor. Biasalah lelaki bermulut manis," ujarnya.
Jam 4.15 petang, kami bergerak ke bekas rumah Iko. Menurut Shana, Iko berkongsi pangsapuri terbabit bersama 3 lagi warga Nigeria lain.
Mereka memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan majoriti tidak pernah menghadiri kuliah.
"Dia memang ada mengajak awak untuk berkahwin ke?," soal saya.
Shana menganggukkan kepala.
"Orang Melayu tidak mahu dengan kita, kalau ada pun semua suami orang," komennya ringkas.
Saya terdiam sekaligus teringat kenyataan anggota polis menjadi kenalan saya sejak 10 tahun lalu.
"Saya sudah banyak kali terbabit dalam operasi memberkas warga Nigeria. Bukan perempuan tempatan tubuh berisi sahaja menjadi mangsa, gadis cantik pun terkena. Bila ditanya mengapakah boleh begitu mudah terpikat dengan lelaki Nigeria? Dia menjawab, dia orang istimewa. Teman wanita dibawa balik ke rumah, di taburkan dengan kata-kata manis dan romantis. Sebelum melakukan hubungan seks, teman wanita dimandikan terlebih dahulu. Dipastikan kedua mereka berasa selesa dengan semburan minyak wangi. Selepas bersama, si lelaki akan mendukung manja teman wanitanya ke bilik mandi dan dimandikan sekali lagi. Melalui pengalaman, majoriti mangsa terjebak berbangsa Melayu dan India, Cina kurang," jelas rakan.
Namun Shana mendakwa menempuh pengalaman berbeza.
"Saya dengan Iko, normal sahaja, tidak didukung pun cuma dia sungguh caring," ujarnya.
**baca sampai habis -->>> sumber
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana tinggalkan komen.Insyaallah saya akan terjah ke belog kamu juga :)