Wednesday, 18 January 2012

kerana pulut santan binasa..kerana penulisan diri binasa..


Assalamualaikum wbt..

Baca tajuk entry cam something je kan..Itulah bidalan org lama2..Kerana pulut santan binasa..kerana mulut badan binasa..tapi nie tak ada kena mengena dengan mulut..Berkaitan dengan penulisan.Berita nie mungkin dan basi pada sesetengah blogger.Tapi kat sini Aku nak share sikit.

pelajar usm ugut bom perdana menteri

PELAJAR USM UGUT BOM PERDANA MENTERI
GEORGETOWN – Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis hari ini untuk diambil keterangan berhubung tindakanya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook. Difahamkan, penuntut berusia 23 tahun itu mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan.
Antaranya penuntut itu menulis, “Najib datang ke kampus… mari bom helikopter beliau.” Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pelajar itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi selepas kenyataanya itu dikesan seorang blogger yang menyatakan perkataan-perkataan yang mengandungi unsur-unsur jenayah. “Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan isi kandungan blog itu di Balai Jelutong,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurutnya, bagi membantu siasatan lanjut, pelajar berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang kira-kira jam 1.30 tengah hari. “Siasatan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan dengan isi kandungan blog berkenaan. Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan beliau akan mengadakan sidang media berkenaan mengenai perkara ini esok.
Moral of the story: Jangan type perkataan sesuka hati.Fikir orang sekeliling.Kita nie bukan hebat sangat.Tak ada org yang kenali kita.Tapi kalau nak "femes" cepat terus2kan lah buat.Kita nak menyengal ke,nak bergurau biar la bertempat dan sepadan dengan org yang nak digurau tu.Jangan ikut sedap jari je menghayun perkataan.Opsss terlebih sudah..sorri ek kepada yang terasa. (",) - i'm not perfect too :P

3 comments:

  1. bukan saja mulut kena jaga,peulisan pun sama :)

    ReplyDelete
  2. iyep fadh.saya maksudkan penulisan la tu.huhu (",)happy blogwalking frenz

    ReplyDelete

terima kasih kerana tinggalkan komen.Insyaallah saya akan terjah ke belog kamu juga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...