Assalamualaikum wbt
Selepas kejadian seorang anggota polis di Tangkak yang didakwa menerajang seorang penunggang motosikal sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu cedera teruk, satu lagi kekecohan berlaku di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Menurut portal akhbar harian bahasa Inggeris The Star, lebih 100 penduduk kampung menyerbu balai polis Teluk Bahang bagi membantah cara dua anggota polis yang mengendalikan ancaman Mat Rempit.
Laporan itu mendakwa penduduk kampung membaling batu dan kayu ke arah balai polis itu pada malam Ahad lalu, berikutan dakwaan bahawa anggota polis sebelum itu mencampakkan topi keledar pada sekumpulan remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram.
Lima daripada mereka dilaporkan terjatuh dari motosikal dan seorang daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan. (baca selanjutnya)
* Ibu bapa memainkan peranan yg penting dlm isu nie.Jgn nak salahkan sebelah pihak je.Polis hanya menjalankan tanggungjawab.Mungkin dah terlalu "penat" nak menangani isu mat rempit nie jadi ini je la jalan yg ada utk menginsafkan diaorg.Tak kan nak keluarkan "pestol" nak tembak sorg2 kot.Yang mat rempit nie pun 1 hal.Mcm dah tak de kerja lain nak dibuat.Cuba2 la insafkan diri.Buat sesuatu yg mendatangkan faedah utk diri sendiri.Merempit tu membazir tau tak?Korang kena topup minyak motor.Beli barang spare part utk lajukan motor.Tak ke membazir namanya tu.Sekarang dah tersadai kat "sepital" lagi membazir ubat2 kat sepital nak merawat korang.Ramai lagi yg perlukan "katil" sepital tu.
* Pihak Polis pun ambil la inisiatif lain utk menangani isu nie.Sepak terajang tu mcm tak sesuai je utk makhluk bergelar manusia.Cuba anak2 pak polisi yg kena,nak kata apa ek?Mesti rasa terkilan jugakkan.Nyawa bukan boleh dijual beli.Nanti tak pasal2 masuk paper ada polis kena tibai ramai2.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana tinggalkan komen.Insyaallah saya akan terjah ke belog kamu juga :)