Thursday 29 March 2012

Wanita yang ber ** legging


Assalamualaikum....

Islam tidak mengharamkan secara total apa yang dinamakan dengan fesyen. Ianya juga meraikan sesiapa yang menghendaki gaya penampilan yang kemas dan cantik. Kerana imej seseorang itu terletak pada cara ia mengenakan pakaian. Malah Islam juga tidak menggalakkan umatnya kelihatan selekeh dari pandangan mata umum. Ianya seolah-olah menggambarkan sikap umat Islam itu amat rendah pada peri pentingnya keterampilan yang kemas dan cantik. Malah Allah SWT lebih menyukai hambaNya yang bijak menggunakan nikmat kurniaannya sebagai tanda bersyukur.
Namun dalam masa yang sama, kekemasan dan kecantikan itu bukanlah suatu yang tidak didasari oleh peraturan dan ketetapan yang disediakan oleh Allah SWT. Malah kecantikan itu pula mestilah tidak dituruti bersama dengan sifat riya mahupun takabbur dengan kecantikan dan kekemasan pakaian yang dikenakan.
Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.
--------------------------------------------------------

Fikir-fikirkan..
Sekarang ni mudah sangat terserempak dengan wanita Islam memakai LEGGING...
Di khalayak ramai pula tu...
Perasaan malu semakin terhakis..
Ini amat merisaukan...
Adakah anda turut bimbang dengan isu ini..?

Setiap kali kita melihat wanita Islam memakai legging di tempat awam..
Mata kita sakit memandang..
Hati kita rasa tidak sedap..
Nafsu terseksa..
Terasa mahu menegur secara berdepan..
Tetapi tidak berani..
Terasa mahu memperli..
Takut nanti diserang..
Terasa untuk menasihat..
Nanti dituduh berpura alim pula..
Terfikir untuk mengkritik ..
Tetapi dituduh cuba memalukan pula..

Oleh itu..
Kebanyakan kita hanya mampu menjeling dengan ekor mata..
Hanya mampu berlalu pergi dan membiarkan..
Mereka pun terus bermaharajalela dengan LEGGING mereka.. hadoi...!!

Posted by : Imam Muda Asyraf on March 7th, 2011

1 comment:

terima kasih kerana tinggalkan komen.Insyaallah saya akan terjah ke belog kamu juga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...