Wednesday 8 February 2012

Taubat

Assalamualaikum wbt

Taubat.Satu istilah yang pendek, yang senang disebut,tetapi sering disalah ertikan tuntutannya.Tuntutan taubat jugak sangat berat untuk dipenuhi oleh orang yang merindui dosa dan kemungkaran.Sebaliknya,tuntutan taubat merupakan suatu kemanisan buat seseorang yang merindui untuk berdamping dengan kekasihnya yang sejati lagi hakiki iaitu Allah Rabbul Izzati

Kenapa Kita Perlu Bertaubat :
1. Setiap anak Adam mesti ada membuat kesilapan kerana setiap manusia dianugerahkan nafsu.Orang yang baik adalah apabila dia berbuat salah dia akan terus bertaubat kepada Allah sekurang-kurangnya dengan berIstighfar.
2.Setelah orang tersebut berbuat keji,maka dia sedar dengan kesilapannya,dia berzikir dan beristighfar kepada Allah dan siapa lagi yang boleh mengampuni dosa2 selain Allah.Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu,sedang mereka mengetahui.
  
Cara-cara bertaubat:
1. Melalui perbuatan-menyesali dengan apa yang telah kita lakukan.
-Berniat tidak mahu lagi melakukan pekara yang sama
-Meninggalkan perbuatan keji itu untuk selama-lamanya
-Menggantikan segala suruhan fardhu yang ditinggalkan sebelum ini
-Kalau ada kesalahan dengan orang lain,kita perlu meminta maaf dari orang itu
-Kita melatih diri kita untuk taat kepada Allah untuk memperbaiki segala kelemahan.

2.Melalui lisan-beristighfar
-Rasullullah swt bersabda yang bermaksud :
"sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya dan ubat kepada dosa ialah beristighfar"
syaitan akan terbakar apabila kita mengucap Lailaha illallah..dan istighfar.Syaitan sering memerangkap manusia dengan sikap riak dan takbur dengan menganggap kita adalah yang terbaik.

Tubat tidak sempurna kalau :
-kalau tidak menambah ilmu
-kalau tidak bertambah amalannya
-kalau akhlaknya tidak bertambah baik
-Masih menyimpan perasaan marah dan benci terhadap orang lain..

2 comments:

  1. waaa bagus2!.......huhu teringat dosa yang telah aku lakukan.....

    ReplyDelete
  2. sama2 kita perbaikinya.Kesilapan lalu menjadi pengajaran dan mematangkan kita broo

    ReplyDelete

terima kasih kerana tinggalkan komen.Insyaallah saya akan terjah ke belog kamu juga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...