Wednesday 7 March 2012

' Segmen secebis kata utk Ibu Bapaku Tercinta -by hanafi

Assalamualaikum wbt


Segmen by Mr Hanafi.Klik banner utk sertai.

Setiap anak di dunia ini pasti mempunyai Ibu dan bapa.Kerana itu adalah ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah diatas kejadian manusia.Ibu,Mama,Ummi,Mak..adalah panggilan yg berlainan tapi mempunyai maksud yang sama.
Mak yang melahirkan aku,membesarkan,memdidik,memberi kasih sayang sepenuhnya hingga aku menjadi insan yang berguna..Mak, penat lelahnya dalam menguruskan hal rumahtangga tak pernah disebut.Dilakukan dengan seikhlasnya.Bila mana mak tak sihat urusan rumah tetap dijalankan dengan sempurna.Bila aku sakit,mak sanggup berjaga utk menjagaku.Memastikan anak2nya cepat sembuh.Melindungi anak2nya dari segala bencana.

 Abah...Insan yang tak mengenal erti penat.Bersusah payah mencari rezeki utk keluarga demi mebesarkan anak2.Berusaha melengkapkan segala kelengkapan utk keluarganya.Bila aku perlukan duit utk keperluan peribadi,abah selalu menghulur walau dalam poketnya kekurangan duit.Abah selalu menasihati aku dan anak2 yang lain agar menjadi insan yg cemerlang dunia dan akhirat.

Mak & Abah..tanpa kamu berdua,tak mungkin saya berada didunia nie sekarang.Tanpa didikan kamu berdua,tak mungkin saya menjadi insan berguna sekarang .Tanpa bimbingan kamu berdua,tak mungkin saya berilmu sekarang.Tanpa nasihat kamu berdua,hidup saya mungkin tak sebahagia sekarang..Terima Kasih mak..abah..pengorbanan yang kamu berdua berikan tak terhitung nilainya..

hasil youtube

5 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Coretan dari papan kekunci Hanafi :
    Satu, Kasih nan abadi tiada tandingi dia yang satu
    Dua, sayang berpanjangan membawa ke syurga, kasihnya ibu
    Tiga, Lapar dan dahaga rela berpayahan setianya ayah,
    Empat, mudah kau ketemu berhati selalu beza antara kasih dan kekasih

    Sememangnya mereka berjasa kpd kita.. Tersentuh pulak baca entri smbil play video tu :(
    Nice entri, Tahniah and terima kasih sebab sudi join segmen ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam wbt.kesudian mr hanafi berkunjung ke sini membuatkan saya teruja.terima kasih diatas kesudian kamu.Segmen yg kamu anjurkan menyentuh jiwa saya utk turut serta bagi mengenang jasa kedua org tua.

      Delete
  2. jasa ibu bapa takkan mampu kita balas kan.hmmm...

    ReplyDelete
  3. http://hanafisjourney.blogspot.com/2012/03/pengumuman-mengenai-segmen.html

    ReplyDelete
  4. moga doa kita kelak menjadi pelindung ibu bapa kita di akhirat tanda kasih dan sayangnya kita pada mereka.
    sesungguhnya doa anak2 yang soleh tidak terputus walaupun ibu bapa tiada lagi!

    jom raih cinta Illahi, semoga Allah redha.

    terima kasih.

    ReplyDelete

terima kasih kerana tinggalkan komen.Insyaallah saya akan terjah ke belog kamu juga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...